Translate

Friday 30 November 2012

HOMOSEKSUAL DAN KEHANCURAN PELAKUNYA...

PENGERTIAN HOMOSEKSUAL

Ia mengarah kepada interaksi seksual atau romantis antara pribadi yang berjenis kelaminnya sama. Pada penggunaan mutaakhir kata sifat homoseksual digunakan untuk hubungan intim atau hubungan diantara orang-orang berjenis kelamain sama.

Secara naluriah dan kudrati, manusia memiliki rasa etika dan estetika dalam menyikapi anugerah yang telah diberikan Allah swt, dalam wujud nafsu birahi mahupun bentuk fizik anatomi tubuh manusia itu sendiri. Namun demikian yang terjadi pada dasawarsa dan masa moden terakhir Malaysia mahupun dunia internasional dalam menyikapi nafsu seksual tersebut berbalik 180 darjah.

ZINA MEROSAKKAN HIDUP BERMASYARAKAT

PENGERTIAN ZINA, 30.11.2012

Zina iaitu melakukan hubungan jenis diantara lelaki dan perempuan tanpa melalui perkahwinan yang sah menurut syarak.

SEBAB MENGAPA ZINA PERBUATAN YANG SANGAT KEJI

Kesannya kepada individu:
  • Perbuatan itu menjatuhkan maruah dan dihina oleh masyarakat.
  • Individu itu mungkin terdedah kepada penyakit berbahaya seperti AIDS dan Sifilis.
  • Perempuan yang berzina mungkin terpaksa menanggung zuriat yang tidak berbapa.

Tuesday 13 November 2012

SUROH AL MUKMINUN (23): AYAT 5-7 Makna Ayat



Maksud ayat:

Ayat 5: 
"Mereka juga (yg berjaya) adalah mereka yang memelihara kehormatan"

Ayat 6: 
"Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka dengan demikian itu mereka tidak tercela" 

Ayat 7
"Barangsiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang  melampuai batas".


Monday 12 November 2012

KONSEP TAYAMMUM DALAM ISLAM

KONSEP TAYAMMUM

Tayammum ialah menyapu muka dan kedua-dua tangan dari tapak tangan hingga ke siku dengan menggunakan debu tanah yang suci dengan syarat-syarat tertentu.


Tayammum adalah ganti kepada wudhu` dan mandi hadas.

Tayammum merupakan satu rukhsah yang dibenarkan dalam Islam. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT sebagaimana yang terkandung di dalam al Quran Suroh al Mai`dah ayat 6 yang bermaksud:

"Dan apabila kamu sakit atau dalam perjalanan selepas membuang air besar atau bersentuhan kulit dengan perempuan lalu kamu tidak memperoleh air, maka hendaklah kamu bertayammum dengan debu tanah yang suci. Sapulah muka dan kedua-dua tanganmu hingga ke siku dengan debu tanah tersebut".