Translate

Monday, 12 November 2012

KONSEP TAYAMMUM DALAM ISLAM

KONSEP TAYAMMUM

Tayammum ialah menyapu muka dan kedua-dua tangan dari tapak tangan hingga ke siku dengan menggunakan debu tanah yang suci dengan syarat-syarat tertentu.


Tayammum adalah ganti kepada wudhu` dan mandi hadas.

Tayammum merupakan satu rukhsah yang dibenarkan dalam Islam. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT sebagaimana yang terkandung di dalam al Quran Suroh al Mai`dah ayat 6 yang bermaksud:

"Dan apabila kamu sakit atau dalam perjalanan selepas membuang air besar atau bersentuhan kulit dengan perempuan lalu kamu tidak memperoleh air, maka hendaklah kamu bertayammum dengan debu tanah yang suci. Sapulah muka dan kedua-dua tanganmu hingga ke siku dengan debu tanah tersebut".


Umat Islam diharuskan bertayammum apabila:
  • Sukar untuk mendapatkan air
  • sakit yang dinasihatkan oleh doktor supaya tempat yang sakit tidak terkena air kerana dikhuatiri air boleh memudaratkan
  • tidak ada air, atau air yang ada hanya cukup untuk minum sahaja.

SYARAT-SYARAT DAN CARA-CARA BERTAYAMMUM

Antara syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu bertayammum termasuklah:
  • Masuk waktu solat, tayammum tidak boleh dilakukan sebelum waktu solat.
  • tidak didapati air setelah berusaha mencarinya.
  • Menggunakan tanah yang diyakini bersih
  • Menghilangkan najis tersebut terlebih dahulu sebelum bertayammum
  • sakit yang memudaratkan jika terkena air.
Tidak sah bertayammum jika dilakukan di luar waktu solat fardhu.

Setiap Tayammum hanya untuk satu solat fardhu sahaja.

Diantara cara-cara melakukan tayammum:
  • Menggunakan debu tanah yang bersih.
  • Letakkan kedua-dua tapak tangan ke atas debu tabah, kemudian tekan sedikit supaya debu itu melekat.
  • Sapukan ke muka dari atas hingga bawah dengan sekali sapu sahaja, tekapkan kedua-dua tapak tangan ke atas debu,
  • sapukan sekali lagi debu tanah pada dua tangan dan siku dengan mendahulukan tangan kanan dan menghadapkan kekiblat.

RUKUN TAYAMMUM

Niat tayammum kerana ingin mendirikan solat

"Sahaja aku bertayammum untuk membolehkan solat kerana Allah taala"

Memindahkan debu tanah dengan menepuk-nepuk jadi tangan pada debu tanah itu.

Menyapu debu ke muka dengan sekali tepuk.

Menyapu debu pada kedua-dua tangan hingga ke siku dengan menepuk debu tanah yang lain.
PERKARA SUNAT DAN YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM.

Diantara perkara-perkara sunnat semasa tayammum:
  • Membaca Basmallah
  • menipiskan debu tanah pada dua-dua tapak tangan
  • Membaca doa selepas wudhu
Manakala perkara yang membatalkan tayammum:
  • Semua perkara yang membatalkan wudhu
  • terdapat air (sekiranya tayammum kerana tiada air

HIKMAH TAYAMMUM
  • Menjamin kebersihan diri
  • Menunaikan solat Fardhu dalam apa jua keadaan
  • Memberi kemudahan kepada umat Islam
  • Menghormati syari`at Islam.
  • Menunjukkan kekuasaan dan rahmat Allah SWT kepada hambaNya.

No comments:

Post a Comment