Translate

Friday, 30 November 2012

ZINA MEROSAKKAN HIDUP BERMASYARAKAT

PENGERTIAN ZINA, 30.11.2012

Zina iaitu melakukan hubungan jenis diantara lelaki dan perempuan tanpa melalui perkahwinan yang sah menurut syarak.

SEBAB MENGAPA ZINA PERBUATAN YANG SANGAT KEJI

Kesannya kepada individu:
  • Perbuatan itu menjatuhkan maruah dan dihina oleh masyarakat.
  • Individu itu mungkin terdedah kepada penyakit berbahaya seperti AIDS dan Sifilis.
  • Perempuan yang berzina mungkin terpaksa menanggung zuriat yang tidak berbapa.

Kesan kepada masyarakat:
  • Menjadi punca pergaduhan dan persengketaan dalam masyarakat.
  • Generasi masyarakat yang tidak mempunyai nasab keturunan yang boleh ditentukan.
  • Mewujudkan masyarakat yang rosak akhlak dan keperibadiannya.
  • Berbagai-bagai jenis penyakit berbahaya akan merebak dalam masyarakat seperti penyakit AIDS dan penyakit kelamin.

PUNCA BERLAKU PERZINAHAN
  • Tidak mendapat didikan Islam yang sempurna semenjak kecil lagi.
  • Pendedahan dan penonjolan unsur-unsur negatif dalam masyarakat seperti penayangan filem-filem yang merosakkan akhlak dan bahan-bahan bacaan yang tidak dikawal serta tidak ditapis oleh pihak berkenaan.

  • Pergaulan lelaki dan perempuan yang melampaui batas susila sebagai seorang muslim, pakaian yang tidak menutup aurat dan perlakuan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

  • Kurang keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt menyebabkan mereka lebih mudah melakukan perkara-perkara yang membawa mereka jauh daripada mengingati Allah swt.
BAHAYA PERBUATAN ZINA DI DUNIA DAN DIAKHIRAT

Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud; "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah perbuatan zina kerana perbuatan itu mendatangkan enam perkara iaitu tiga di dunia dan tiga di akhirat. Bahaya di dunia iaitu gugurnya sinar diwajah, memendekkan umur dan sentiasa berada dalam kemiskinan. Diakhirat mereka yang melakukan zina akan mendapat kemurkaan Allah swt dihisab dengan hisab yang buruk dan diseksa di dalam neraka..."

HUKUMAN KE ATAS ORANG YANG BERZINA
  • Lelaki dan perempuan yang belum berkahwin akan dihukum  100 kali sebatan.

  • Lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin dihukum rejam hingga mati. Hukuman ini tidak dikecualikan jika mereka ini tidak siuman atau belum baligh.



No comments:

Post a Comment