Translate

Saturday, 8 December 2012

MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG


08.12.2012 Sabtu.

VARIASI PENGUBAT JEMU


Satu
Manusia memerlukan keberagaman yang berbagai bagai dan berwarna-warni dalam kehidupan. Keberagaman dan kepelbagaian itulah yang dimaksudkan variasi.

Dua
Jika berasa jemu membaca di rumah, mungkin boleh membaca di tepi pantai. Jika ditepi pantai pun jemu, boleh membaca di masjid, surau atau di perpustakaan. Begitulah seterusnya.


Tiga
Cuma yang paling bahaya dan ditakuti ialah para pelajar jemu belajar.

Empat
Variasi sebenarnya menambahkan motivasi baru, menghilangkan sifat jemu yang boleh membunuh semangat yang jitu.


Lima

Oleh itu, sekali sekala kita mungkin boleh mencari pelbagai kaedah belajar, penyesuaian warna keliling dan lain-lain agar semangat untuk belajar terus membakar.

Enam
Takutilah sifat jemu kerana ia boleh menggagalkan kita.

SEGAR DAN TIADA MASALAH

Satu

Badan yang sihat selalunya akan mencerdaskan fikiran dan perasaan pelajar.

Dua
Jika kesihatan dijaga dengan baik, dan tiada masalah yang menganggu, tentulah kita akan lebih mudah mengingati dan memahami pelajaran.



Tiga

Tiada siapa yang mampu memberikan tumpuan terbaik kepada pelajaran apabila fikirannya terganggu dan tubuh badannya sakit dan lesu.

Empat
Bayangkanlah kalau pelajar sakit gigi atau sakit kepala berdenyut-denyut, tentunya sukar menumpukan pelajaran dengan baik.

Lima
Justru itu pelajar mesti sedar akan kepentingan kesihatan dan ketenangan fikiran.

Enam
Yakinlah bersama usaha dan ketekunan menjaga kesihatan yang baik, kejayaan akan menjadi milik kita sebagai hadiah yang mahal lagi sangat bernilai.



NAZAR JIKA CEMERLANG

Satu
Elok bagi kita membuat nazar sebagai cara untuk mempercepatkan doa dimakbulkan Allah swt.

Dua
Nazarlah sesuatu yang mulia seperti berpuasa sunat kesyukuran, membuat jamuan makan dan menjemput orang-orang yang cacat atau fakir miskin.

Tiga
Jangan sekali-kali bernazar sesuatu yang membawa kemaksiatan dan pembaziran seperti mengadakan malam bersuka-ria, berpasangan atau keluar negara tanpa halatuju yang mulia.

Empat.
Dengan bernazar akan tumbuh keyakinan dan kekuatan pelajar untuk berusaha.

Lima
Dengan bernazar juga akan menampakkan diri kita bersungguh-sungguh utk meraih kecemerlangan tanpa sama sekali melupakan kebesaran Allah swt.

Enam

Bernazarlah dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan. 


DOA IBU BAPA MUDAH MAKBUL

Satu
Mintalah berkali-kali dan ingatkan selalu kepada kedua ibubapa pelajar bahawa doa mereka amat cepat dan mudah dimakbulkan Allah.

Dua

Namun pelajar mesti ingat formula ini, jika ibubapa berdoa satu kali, pelajar mesti berdoa untuk diri sendiri dua kali. Begitulah juga jika ibubapa solat hajat dan berdoa untuk pelajar sepuluh kali, pelajar kene solat hajat dan berdoa dua puluh kali.

Tiga
Kesungguhan pelajar bukan sahaja perlu dizahirkan ketika mengulangkaji pelajaran ttp amat perlu juga dinampakkan di dalam usaha berdoa kepada Allah.

Empat
Taatilah perintah ibubapa kerana mereka telah begitu banyak berbuat baik kepada kita. Jasa mereka tidak terhitung, tidak termampu untuk dibalas dengan wang ringgit mahupun harta benda.

Lima
Oleh kerana darjat kasih pelajar terhadap mereka setelah kasih kepada Allah dan Rosul, maka peranan doa mereka amatlah penting dalam menentukan kecemerlangan hidup pelajar di dunia mahupun akhirat.



DOA SENDIRI TANDA KESUNGGUHAN HATI

Satu
Pelajar wajib berkali-kali berdoa kepada Allah. Mintalah kecemerlangan daripada Allah tanpa melupakan usaha yang luar biasa dalam pelajaran.

Dua
Sesungguhnya doa itu senjata orang-orang mukmin. Senjata yang mempertahankan diri dari kehinaan dan kejahilan di sisi Allah dan manusia.

Tiga
Banyak ibibapa dan pelajar tersilap langkah dalam berdoa, ia mengharapkan orang lain mendoakan untuknya sedangkan ia sendiri tidak berdoa.

Empat

Allah tidak suka orang yang malas berusaha dan malas berdoa.

Lima
Sesungguhnya Allah memandang orang yang malas berdoa kepadaNya sebagai orang yang sombong lagi takabbur. Manakala tempat orang yang malas adalah di neraka.

Enam
Berusahalah dan berdoalah bersungguh-sungguh semoga kita termasuk dikalangan orang2 yang dikasihi Allah.

JANGAN TERLALU LAMA ATAU BANYAK MENIUP

Satu
Tabiat suka meniup atau mengeluarkan banyak angin darpada mulut adalah tidak baik. Ini tidak termasuk mengambil nafas ikut hidung atau mulut.

Dua
Meniup belon, meniup api, meniup makanan panas adalah antara contoh yg tidak baik jika ia dijadikan suatu kesukaan atau hobi dikalangan pelajar.

Tiga
Banyak meniup atau terlalu lama meniup akan membuatkan seseorang akan berasa pening.Ia juga boleh menyebabkan lemah ingatannya.

Empat
Orang yg selalu berpidato, berceramah atau mengajar juga mengeluarkan banyak angin dari mulut ttp otaknya terus dilatih berfikir malah ini membuatkan otaknya bertambah cerdas dan kuat.

Lima
Oleh itu kurangkan meniup terlalu lama, InsyaAllah ingatan


SUKA WANGI-WANGIAN

Satu
Sebenarnya wangi-wangian mampu meransang otak dan menambah minat untuk terus melakukan kebaikan termasuklah mengulangkaji pelajaran.

Dua
Bayangkan, apakah pelajar selesa belajar ditempat yang busuk, jawabnya tentu tidak..

Tiga

Bayangkan pula pelajar sedang belajar di suatu tempat yang mempunyai bau wangian yang lembut dan harum, tentunya akan membuatkan pelajar mampu meneruskan untuk belajar dengan lebih lama dan tidak mudah jemu.

Empat
Ada juga pendapat yang mengatakan, bau wangi boleh merangsang otak untuk terus sihat dan segar sehingga mampu memberi tindak balas ingatan yang cukup baik kepada seseorang pelajar.

Lima

Kalau begitu carilah wangian yang sesuai untuk pelajar dan mudah mudahan ia akan memberikan kesan yang baru dalam kehidupan, jangan sekali-kali sukakan bau-bauan yang busuk.

Bersambung lagi.....






No comments:

Post a Comment