HOMOSEKSUAL DITINJAU DARI ASPEK AGAMA, PENDAPAT ULAMA MENGENAINYA....
07.12.2012- Sebagaimana yang kita ketahui bahawa seluruh umat Islam sepakat bahawa homoseksual termasuk dosa besar. Oleh kerana perbuatan yang menjijikkan inilah Allah kemudian memusnahkan kaum nabi Luth, dengan azab yang sangat mengerikan. Allah swt telah berfirman dalam suroh As Syu`ara ayat 165-166 yang bermaksud:
"Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia. Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.."
"Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia. Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.."
Islam meletakkan homoseksual adalah jauh lebih menjijikkan dan hina daripada perzinahan. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Bunuhlah fa`il dan maf`ulnya (kedua-duanya)" HR Abu Daud dan At Tirmidzi.
"Bunuhlah fa`il dan maf`ulnya (kedua-duanya)" HR Abu Daud dan At Tirmidzi.
Oleh kerana itulah ancaman hukuman terhadap pelaku homoseksual jauh lebih berat dibandingkan dengan hukuman bagi pelaku penzina. Di dalam hukuman penzina terbahgi kepada dua; bagi mereka yang telah berkahwin akan dihukum rejam, sedangkan bagi yang belum berkahwin dipukul 100 kali dan diasingkan selama setahun. Adapun dalam konteks praktek homoseksual tidak ada pembahagian seperti itu.
Apakah dalil yg digunakan oleh ulama dalam menetapkan hukuman di atas? Maka selagimana pelaku sudah dewasa dan berakal (bukan gila) maka hukumannya sama sahaja (tidak ada perbezaan hukuman bagi yang sudah berkahwin atau yang belum berkahwin).
Sebenarnya ulama-ulama Feqah berbeza pendapat mengenai hukuman bagi pelaku Homoseksual. Diantara pendapat ulama tersebut adalah:
Oleh kerana mereka mendefinisikan Homoseksual (Liwat) sebagai menyetubuhi sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah, maka mereka menyimpulkan bahawa hukuman bagi pelakunya adalah sama dengan hukuman bagi pelaku zina.
Fuqoha Mazhab Hanbali: Mereka sepakat bahawa hukuman bagi pelaku homoseksual sama dengan hukuman bagi penzina, iaitu 100 kali rotan bagi penzina yang sudah berkahwin dan diasingkan selama setahun. Adapun dalil yang mereka gunakan adalah dalil Qiyas, yang mereka lakukan adalah Qiyas ma`al Fariq, iaitu mereka telah mengqiyaskan sesuatu yang berbeza, tidak sama, kenapa? Kerana homoseksual (Liwath) itu adalah jauh lebih menjijikkan jika nak dibandingkan dengan perzinahan.
Pendapat yang lebih soheh adalah pendapat yang kedua yang mengatakan bahawa hukuman bagi pelaku homoseksual adalah hukuman mati, kerana virus ini jika tersebar dalam masyarakat maka ia mampu menghancurkan sesebuah tamadun dan masyarakat seluruhnya.
Syeikh Ibnu At Taimiyyah mengatakan bahawa seluruh sahabat Rasulullah saw sepakat bahwa hukuman bagi keduanya adalah hukuman mati, jelas sebagaimana hadits yang telah dibentangkan di awal tadi.
Cuma sahabat berbeza pendapat tentang cara ekskusinya; sebahagian sahabat mengatakan bahawa kedua-duanya mesti dibakar hidup-hidup, pendapat ini diriwayatkan dari Khalifah pertama, Abu Bakar As Shiddiq.
Sahabat lain berpendapat bahawa cara eksikusin adalah sama dengan hukuman bagi penzina yang sudah berkahwin (rejam).
Ada lagi pendapat lain iaitu kedua pelakunya dibawa naik ke puncak bukit yang tertinggi dinegeri itu kemudian diterjunkan dari atas dan dihujani dengan batu. Namun yang lebih penting adalah kedua pelaku Homo itu hendaklah dihukum mati, kerana ia bakal membawa penyakit merbahaya dan susah untuk dikenalpasti, dan sudah pasti tidak semua orang mempunyai wewenang menjatuhkan hukuman mati melainkan hakim atau wakilnya adalah lebih berhaq, sehingga tidak akan terjadi perpecahan dan kezoliman, yang boleh melahirkan perpecahan yang lebih dahsyat.
No comments:
Post a Comment