Translate

Saturday, 8 December 2012

MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG


08.12.2012 Sabtu.

VARIASI PENGUBAT JEMU


Satu
Manusia memerlukan keberagaman yang berbagai bagai dan berwarna-warni dalam kehidupan. Keberagaman dan kepelbagaian itulah yang dimaksudkan variasi.

Dua
Jika berasa jemu membaca di rumah, mungkin boleh membaca di tepi pantai. Jika ditepi pantai pun jemu, boleh membaca di masjid, surau atau di perpustakaan. Begitulah seterusnya.


Tiga
Cuma yang paling bahaya dan ditakuti ialah para pelajar jemu belajar.

Empat
Variasi sebenarnya menambahkan motivasi baru, menghilangkan sifat jemu yang boleh membunuh semangat yang jitu.

Friday, 7 December 2012

KEBEJATAN HOMOSEKSUAL LIHAT DARI ASPEK KESIHATAN

HOMOSEKSUAL DIPANDANG DARI ASPEK KESIHATAN.

07.12.12 - Islam sangat tegas dalam memberikan hukuman ke atas kebejatan yang satu ini kerana dampaknya yang buruk dan kerosakan yang ditimbulkannya kepada peribadi dan masyarakat. Dampak negatif tersebut diantaranya adalah sebagai berikut:

Satu
Benci terhadap wanita. Kaum Luth berpaling dari wanita dan kadangkala tidak mampu lagi berinteraksi dengan kaum wanita. Oleh kerana itu hilanglah tujuan pernikahan untuk memperbanyak zuriat dan memperelok keturunan. Seandainya homo tersebut mahu berkahwin sekalipun, maka isterinya kelak akan menjadi korbannya, tidak memperoleh ketenangan, perhatian, tiada perlindungan, tiada kasih sayang, tiada belas kasih, hidupnya tersiksa, bersuami tetapi seolahnya tidak bersuami.

KEHINAAN HOMOSEKSUAL DITINJAU DARI BEBERAPA ASPEK

HOMOSEKSUAL DITINJAU DARI ASPEK AGAMA, PENDAPAT ULAMA MENGENAINYA....

07.12.2012- Sebagaimana yang kita ketahui bahawa seluruh umat Islam sepakat bahawa homoseksual termasuk dosa besar. Oleh kerana perbuatan yang menjijikkan inilah Allah kemudian memusnahkan kaum nabi Luth, dengan azab yang sangat mengerikan. Allah swt telah berfirman dalam suroh As Syu`ara ayat 165-166 yang bermaksud: 

"Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia. Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.."

Friday, 30 November 2012

HOMOSEKSUAL DAN KEHANCURAN PELAKUNYA...

PENGERTIAN HOMOSEKSUAL

Ia mengarah kepada interaksi seksual atau romantis antara pribadi yang berjenis kelaminnya sama. Pada penggunaan mutaakhir kata sifat homoseksual digunakan untuk hubungan intim atau hubungan diantara orang-orang berjenis kelamain sama.

Secara naluriah dan kudrati, manusia memiliki rasa etika dan estetika dalam menyikapi anugerah yang telah diberikan Allah swt, dalam wujud nafsu birahi mahupun bentuk fizik anatomi tubuh manusia itu sendiri. Namun demikian yang terjadi pada dasawarsa dan masa moden terakhir Malaysia mahupun dunia internasional dalam menyikapi nafsu seksual tersebut berbalik 180 darjah.

ZINA MEROSAKKAN HIDUP BERMASYARAKAT

PENGERTIAN ZINA, 30.11.2012

Zina iaitu melakukan hubungan jenis diantara lelaki dan perempuan tanpa melalui perkahwinan yang sah menurut syarak.

SEBAB MENGAPA ZINA PERBUATAN YANG SANGAT KEJI

Kesannya kepada individu:
  • Perbuatan itu menjatuhkan maruah dan dihina oleh masyarakat.
  • Individu itu mungkin terdedah kepada penyakit berbahaya seperti AIDS dan Sifilis.
  • Perempuan yang berzina mungkin terpaksa menanggung zuriat yang tidak berbapa.

Tuesday, 13 November 2012

SUROH AL MUKMINUN (23): AYAT 5-7 Makna Ayat



Maksud ayat:

Ayat 5: 
"Mereka juga (yg berjaya) adalah mereka yang memelihara kehormatan"

Ayat 6: 
"Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka dengan demikian itu mereka tidak tercela" 

Ayat 7
"Barangsiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang  melampuai batas".


Monday, 12 November 2012

KONSEP TAYAMMUM DALAM ISLAM

KONSEP TAYAMMUM

Tayammum ialah menyapu muka dan kedua-dua tangan dari tapak tangan hingga ke siku dengan menggunakan debu tanah yang suci dengan syarat-syarat tertentu.


Tayammum adalah ganti kepada wudhu` dan mandi hadas.

Tayammum merupakan satu rukhsah yang dibenarkan dalam Islam. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT sebagaimana yang terkandung di dalam al Quran Suroh al Mai`dah ayat 6 yang bermaksud:

"Dan apabila kamu sakit atau dalam perjalanan selepas membuang air besar atau bersentuhan kulit dengan perempuan lalu kamu tidak memperoleh air, maka hendaklah kamu bertayammum dengan debu tanah yang suci. Sapulah muka dan kedua-dua tanganmu hingga ke siku dengan debu tanah tersebut".